Aplikasi Mudah Alih Residensi Wilayah dibangunkan untuk memudahkan pengguna melihat senarai projek Residensi Wilayah dan seterusnya membuat permohonan projek. Pengguna juga boleh menyemak status permohonan yang telah dibuat.
Aplikasi ini mempunyai 5 menu iaitu :
1. Senarai Projek
Memaparkan semua projek Residensi Wilayah untuk memudahkan pengguna membuat permohonan
2. Status Permohonan
Memudahkan pengguna menyemak status permohonan projek
3. Berita
Memaparkan berita terkini berkaitan Residensi Wilayah
4. Soalan Lazim
Memaparkan soalan lazim berkaitan Residensi Wilayah
5. Informasi
Memaparkan maklumat dan dasar Residensi Wilayah