PgGOV Cukai merupakan aplikasi mudah alih yang disediakan oleh Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang bagi memudahkan semakan maklumat berkaitan akaun cukai tanah dan cukai petak di Negeri Pulau Pinang. Aplikasi ini juga membolehkan pelanggan mendapatkan nombor akaun cukai tanah/cukai petak dengan hanya menggunakan MyID (No Kad Pengenalan) dan pada masa sama memaparkan kadar cukai tahunan.