MukminApps menyediakan gaya hidup DARI MUSLIM KEPADA MUSLIM tanpa mengambil dan menjual data peribadi penggunanya, juga TANPA IKLAN. Idea & konsep MukminApps ini dibangunkan oleh orang Islam sepenuhnya sejak 28 Mac 2021 di dalam Bahasa Malaysia bagi kemudahan umum.
CIRI-CIRI UTAMA
Quran — 30 juz, PERCUMA audio 9 Qari, terjemahan, Tajweed
Hadith — infografik hadith berserta status dan rujukan
Kiblat — carian secara GPS, manual, “Augmented Reality”, 3D Kaabah, 3D Glob, waktu Solat (Imsak, Subuh, Syuruk, Dhuha, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak) dengan animasi ramalan cuaca.
Masjid / Surau — peta carian masjid atau surau berdekatan
Ayat Pilihan — Infografik ayat Al Quran
Motivasi — Infografik motivasi Islamik
Doa pilihan dengan infografik menarik
Artikel ringkas berkaitan agama Islam dan isu semasa
Sumbangan — Info infaq dengan akaun banknya disemak melalui CCID Portal PDRM
Takwim hijri dengan tarikh & peristiwa penting
Zikir ringkas dengan digital tasbih
Restoran Halal - peta lokasi GPS restoran berhampiran
Sirah — biodata ringkas Rasulullah S.A.W. , sahabat, tokoh Ulama Islam