FADILAT SURAH PILIHAN  MP3
Install Now
FADILAT SURAH PILIHAN MP3
FADILAT SURAH PILIHAN  MP3

FADILAT SURAH PILIHAN MP3

Amalan Mustajab Dan Keutamaan Membaca Surah -Surah Pilihan

Developer: MEGAAPPSTUDIO
App Size: 34M
Release Date: Aug 2, 2015
Price: Free
4.6
106 Ratings
Size
34M

Screenshots for App

Mobile
Al-Qur’an adalah firman Allah SWT yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk bagi umat manusia. Ada banyak riwayat yang sahih menyebutkan bahawa membacanya adalah pahala.

Semakin baik bacaan dan tingkat penghayatannya, semakin besar pula pahala yang diperoleh oleh si pembaca. Selain itu, setiap Surah di dalam Al-Qur’an juga mempunyai ‘mumayyazah’ dan kelebihan masing-masing. Di antaranya adalah:

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan dijauhkan daripada gangguan syaitan.

Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah SWT Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

Hazrat Abdul Malik bin ‘Umair rah. meriwayatkan secara mursal bahawa Rasulallah SAW bersabda, “Dalam surah al-Fatihah terdapat penawar untuk segala penyakit.” (Hadis riwayat Darimi dan Baihaqi)

2. SURAH YAASIN

Anas ra. mengatakan, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu itu memiliki jantung dan hati, jantung Al-Qur’an adalah surat Yaasin. Sesiapa membaca surat Yaasin maka Allah menetapkan baginya pahala menyamai membaca Al-Quran sepuluh kali.” (HR. Tirmidzi)

Rasulullah SAW juga bersabda : “Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.” (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.


3. SURAH AD-DUKHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar. Dan membaca Surat Ad-Dukhan juga, Malaikat memohon ampun untuknya.
Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Ad-Dukhan di waktu malam, maka tujuh puluh ribu (70.000) malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).
Show More
Show Less
More Information about: FADILAT SURAH PILIHAN MP3
Price: Free
Version: 1.0
Downloads: 5000
Compatibility: Android 4.1 and up
Bundle Id: com.andromo.dev405941.app423509
Size: 34M
Last Update: Aug 2, 2015
Content Rating: Everyone
Release Date: Aug 2, 2015
Content Rating: Everyone
Developer: MEGAAPPSTUDIO


Whatsapp
Vkontakte
Telegram
Reddit
Pinterest
Linkedin
Hide