Setiap hari saya dapat feedbacks dari peserta, MAGIC HAPPENS in their life lepas balik Event. Alhamdulillah. MasyaAllah. Tabarakallah. Semua izin Allah.
Kita Belajar cara saja. Allah yang izinkan. Suka satu dua, hari-hari ada Alumni Metamorphosis pm, comment, Whatsapp, kongsikan perubahan yang mereka Experience.
Amazing kan? Setiap orang datang, tak tahu pun apa yang akan dia belajar. Dan Setiap orang datang, bawa niat masing-masing. Semua orang belajar benda yang sama. Habis event, dapat results berbeza based on niat masing-masing.
Kerana Intentions creates thoughts, thoughts creates emotions, emotions creates actions, actions creates results, results creates experience.
Intentions-> thoughts-> emotions-> actions-> results-> Experience.
Maknanya Intentions = Experience.
So, betul lah Nabi kata, semua amalan itu bermula dengan niat. Bukan sekadar semua amalan Allah ganjarkan based on niat kita (macam selalu Ustaz-ustaz kita ajar) tapi deeper than that, our very experience in every actions, 100% affected based on our Intentions (Niat).
2 hari ni, lepas saya Announce dah nak stop mengajar, ramai yang pm tanya kenapa nak stop mengajar dah?
Gini, saya ada satu prinsip yang saya pegang dari dulu. Apa saja yang saya buat, mesti 100% sebab saya nak buat. Bukan sebab orang suruh, bukan sebab terpaksa buat, bukan sebab nak meet people’s expectations.
So, saya mula mengajar haritu pun sebab suka-suka, saya nak Experience giving impact. Then when the knowledge grew, semua orang mula bercakap, makin banyak demand. And i mula sense that saya mengajar sebab orang mintak saya mengajar.
And i feel pity for them, so i teach because of feeling pity. Jadi niat dah lain dah. Mengajar sebab kesian tengok orang. Results pun akan jadi lain nanti.
Sebab tu saya cakap Mega Metamorphosis maybe kelas terakhir saya untuk public. Lepas tu, saya rest. Tunggu saya rasa nak mengajar, saya mengajar. Not because of people, not because of money, not because of fame. But solely i’m teaching from my heart, I’m giving from my heart.
Biar sikit mengajar, tapi kesan pada student dia dapat rasa seumur hidup. Biar buat sikit, tapi impak besar sampai mati. InsyaAllah.
Thanks Everyone yang bagi surat, pm, Whatsapp, saya sedang baca story anda sambil menangis kesyukuran dan kegembiraan. .
-Afnan Rosli-