Aplikasi ini memuatkan himpunan Zikir Pagi Petang Menurut Sunnah Sahih.
Kenapa dikatakan Sunnah Sahih?
Ini kerana zikir yang ada di dalam aplikasi ini bersumberkan dari Nabi S.A.W dan disertakan nombor rujukan setiap zikir.
Hanya ada 2 sebab sahaja suatu amalan ibadah itu diterima Allah :
1) Niat yang ikhlas
2) Amalan itu berdasarkan apa yang Nabi S.A.W ajarkan dan tunjukkan.
Jika suatu amalan itu tidak mempunyai dalil yang sahih dan benar dari Nabi S.A.W, makanya amalan tersebut ditolak dan tidak diterima Allah.
Zikir-zikir ini juga mempunyai bacaan khusus yang jika diamalkan setiap hari, akan dapat melindungi diri kita, keluarga dan harta benda kita dari apa-apa bahaya yang akan datang.
Kelebihan aplikasi ini :
1) Saiz aplikasi yang kecil
2) Tulisan yang besar dan jelas (posisi landscape)
3) LENGKAP terjemahan bahasa Melayu
4) Panduan tulisan latin buat memudahkan pengguna lain.
5) TIADA paparan iklan kecil yang mengganggu pembacaan pengguna
Semoga aplikasi ini membantu kita mengamalakan zikir yang sahih sekaligus menunjukkan cinta kita kepada Nabi S.A.W serta meraih pahala yang berganda-ganda.
Tambahan :
1) Rujukan zikir dari web rumaysho.com
2) Sebarang penambah-baikan @ komen sangat dialu-alukan. Emailkan kepada kami
[email protected]
3) Mohon disebarkan @ share ye aplikasi ini kepada yang lain. Semoga kita semua mendapat pahala yang berpanjangan.