Resepi Puri Bayi 6 Bulan
Install Now
Resepi Puri Bayi 6 Bulan
Resepi Puri Bayi 6 Bulan

Resepi Puri Bayi 6 Bulan

ABOUT PURI

Developer: Masked Rider Store
App Size: 45M
Release Date: May 31, 2020
Price: Free
Price
Free
Size
45M

Screenshots for App

Mobile
Saranan makanan bayi yang terbaik dan pertama ialah puri avokado. Namun begitu, ibu bapa harus pelbagaikan jenis makanan untuk bayi meliputi beberapa jenis kumpulan makanan iaitu bijirin, sayur, buah serta protein. Ianya penting untuk bermula dengan makanan bayi 6 bulan hingga 8 bulan kelahiran.

Walaupun makanan harus dipelbagaikan, ibu bapa perlu memperkenalkan hanya satu makanan pada satu masa. Sebagai contoh, mulakan dengan puri avokado. Setelah si manja dapat membiasakan diri dengannya, perkenalkan makanan kedua daripada kumpulan makanan yang lain pula. Sebolehnya variasikan makanan bayi anda.

Tunggu selama 4 hari selepas memperkenalkan makanan baru; ini akan membantu menentukan sama anda si manja gemarkan makanan yang baru diperkenalkan dan membolehkannya membiasakan diri dengannya. Dalam masa 4 hari ini, anda juga boleh mengesan tanda alahan kepada makanan, jika ada.

Pada usia 6-8 bulan, sistem penghadaman bayi baru matang. Tekstur makanan bayi 6 bulan hingga 8 bulan paling sesuai ialah cair, puri, kisar atau lenyek. Beri makanan pepejal 2-3 kali sehari disertai dengan susu ibu 5-6 kali sehari.

Berikut ialah cadangan resepi untuk kumpulan makanan bijirin, buah, sayur dan protein yang sesuai dijadikan makanan bayi 6-8 bulan.

Selain itu juga, kebanyakan ibu di luar sana selalu pening sampai migrain fikirkan resipi apa nak masak untuk baby setiap hari. Resipi ni cukup mudah dan senang untuk ibu bekerja buat. Lepas ni tak payah nak pening-pening memikirkan apa nak masak untuk baby makan dah.

Cukup 15 minit, mommy dah boleh duduk bersila breakfast atas sofa empuk. 10 Resipi ni penuh khasiat dan dijamin 200% Halal untuk ibu-ibu yang ada anak kecik umur 6 bulan.

Pada usia 6 bulan, anak akan mula lalui proses “weaning”. Maksudnya dari hanya menyusu susu badan atau susu tepung, bayi akan mula makan. Nyum nyum. Antara zat penting yang mula merosot dalam badan bayi pada usia 6 bulan ke atas ialah zat besi.

Susu ibu dah tak dapat tampung permintaan (demand) zat besi yang mencukupi bila bayi mula cecah usia 6 bulan. Sebab tu proses weaning sangat penting untuk dimulakan seawal umur 6 bulan.

Dari makanan bayi, barulah bayi dapat zat besi yang mencukupi.Dah start makan ni, susu jangan dilupa pula. Naikkan jumlah makanan yang diberi dan mula kurangkan jumlah susu yang diberi sehingga usia anak cecah 2 tahun. Yang terbaik kalau awak bagi anak makan dulu sebelum bagi susu. Kalau bagi susu dulu, baby jadi kenyang dan kurang minat nak makan. Boleh buat banyak-banyak puri ni dan simpan sehingga 2-3 bulan di dalam freezer. Boleh guna resipi ni secara bergilir sampai baby membesar jadi sihat dan kuat.
Show More
Show Less
More Information about: Resepi Puri Bayi 6 Bulan
Price: Free
Version: 3.0
Downloads: 50
Compatibility: Android 4.1 and up
Bundle Id: com.maskedriderstore.resepipuribayi
Size: 45M
Last Update: May 31, 2020
Content Rating: Everyone
Release Date: May 31, 2020
Content Rating: Everyone
Developer: Masked Rider Store


Whatsapp
Vkontakte
Telegram
Reddit
Pinterest
Linkedin
Hide