Zikrullah adalah aplikasi zikir ringkas.
Secara umum aplikasi ini mengandungi zikir-zikir selepas solat, Insya Allah di masa akan datang, akan ditambah baik dengan kompilasi Al-mathurat.
Ini bertujuan untuk memudahkan pengguna mengakses nota zikir di hujung jari.
Aplikasi ini, mempunyai reka bentuk UI yang ringkas dan menarik, semoga anda semua mendapat manfaat.