Panduan Qiamullail ( Qiyamullail )
Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW. Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah SWT ke bumi dan amat sesuai untuk Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)
Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai. Orang yang mengamalkan Qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa2 mereka.
Nabi SAW bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.” (HR; Muslim)
Aplikasi Panduan Qiamullail (Qiyamullail) ialah sebuah aplikasi percuma yang mengandungi informasi dan panduan berkaitan qiamullail. Penghasilan aplikasi ini adalah bertujuan memberi pengajaran dan menyalurkan maklumat kepada masyarakat.
Antara ciri-ciri kandungan yang terdapat dalam Panduan Solat Tarawih Di Rumah ini adalah seperti berikut:-
- Pendahuluan
- Kelebihan Qiamullail
- Amalan-Amalan Sunat Semasa Qiamullail
- Beberapa Sembahyang Sunat Semasa Qiamullail
- Tatacara Sembahyang Sunat Awwabin
- Tatacara Sembahyang Sunat Tahajjud
- Tatacara Sembahyang Sunat Hajat
- Tatacara Sembahyang Sunat Taubat
- Tatacara Sembahyang Sunat Tasbih
- Tatacara Sembahyang Sunat Witir
Dan lain-lain...
Mudah.Ringkas.Padat!
Semoga aplikasi panduan percuma ini dapat membantu anda dalam melaksanakan qiamullail.