Permainan ini hanya memfokuskan kepada konsep umum zakat dan zakat
pendapatan sahaja.
Setiap pemain yang ingin memulakan permainan perlu menekan butang ‘Mula’.
Sekiranya pemain ingin mengetahui kaedah bermain, info zakat dan glosari zakat,
pemain perlu menekan butang ‘Manual’.
Pemain perlu membuat pilihan dengan menekan butang sama ada ingin bermain
secara bersendirian atau bersama pemain kedua.
Jika pemain memilih untuk bermain secara bersendirian, pemain boleh terus
memilih pekerjaan sama ada Guru, Askar atau Jurutera dan memulakan permainan.
Jika pemain memilih untuk bermain bersama pemain kedua, salah seorang pemain
perlu menekan butang untuk menentukan giliran bermain.
Selepas menentukan giliran bermain, pemain pertama akan memilih jenis pekerjaan
sama ada Guru, Askar atau Jurutera diikuti oleh pemain kedua. Setiap pekerjaan
yang dipilih akan diwakili oleh bidak yang menjadi penanda bagi setiap pemain.
Pemain akan dimaklumkan gaji berdasarkan pekerjaan yang dipilih oleh para pemain
sebelum memulakan permainan di paparan permainan.
Bagi memulakan permainan pemain pertama perlu menekan butang “pusing dadu”.
Dalam permainan ini, terdapat 2 set soalan berkaitan zakat yang disediakan
mengikut tahap yang berbeza iaitu, soalan IQ 1 (Hijau) dan IQ 2 (Merah).
Terdapat dua kaedah pemilikan harta:
a) Gaji – Gaji diberikan apabila pemain berhenti pada petak gaji berdasarkan
kepada pekerjaan secara automatik.
b) Ganjaran – Jika pemain berjaya menjawab soalan pada kad IQ, pemain akan
mendapat ganjaran mengikut aras kad IQ secara automatik:
i. Kad IQ 1: RM 1000
ii. Kad IQ 2: RM 2000
Namun jika pemain gagal menjawab soalan IQ, pemain akan dikenakan denda
berdasarkan separuh nilai ganjaran setiap kad IQ yang akan ditolak secara
automatik:
i. Kad IQ 1: RM 100
ii. Kad IQ 2: RM 200
Sepanjang permainan, pemain akan melalui petak-petak yang berlabel. Setiap petak
mempunyai maksudnya yang tersendiri seperti berikut:
a) MULA – Tempat mula permainan
b) GAJI – Pemain akan menerima gaji berdasarkan kepada pekerjaan
c) IQ 1 & IQ 2 – Pemain perlu menjawab soalan yang dipaparkan secara
automatik.
d) DENDA TRAFIK – Pemain dikehendaki untuk membayar denda
e) PERINTAH – Pemain perlu mematuhi perintah tersebut.
f) RUMAH BANJIR – Pemain akan menerima zakat sebanyak RM500 secara
automatik.
g) ENGGAN BAYAR ZAKAT – Hilang 1 pusingan.
h) QADA’ ZAKAT – Pemain dikehendaki membayar zakat sebanyak RM 500.
Amaun tersebut akan ditolak secara automatik.
i) CUKAI PENDAPATAN – Pemain dikehendaki membayar cukai pendapatan
sebanyak RM 1500. Amaun tersebut akan ditolak secara automatik.
j) KIRA ZAKAT – Pemain yang berhenti pada petak ini akan dikira zakatnya
secara automatik. Namun, jika harta pemain masih belum cukup nisab,
pemain perlu meneruskan permainan.
Pemain yang paling awal berhenti di petak KIRA ZAKAT dinobatkan sebagai
pemenang jika harta pemain tersebut mencukupi nisab untuk membayar zakat
pendapatan.