Selamat datang ke dunia penuh tipu daya dan drama — inilah King of Drama!
Game werewolf klasik kini diberi nafas baru dengan sentuhan lokal, karakter yang relatable, dan tema yang sarat dengan konflik menarik. King of Drama ialah permainan offline, yang direka khas untuk dimain secara berkumpulan, hanya menggunakan satu telefon sahaja. Sesuai dimainkan ketika lepak santai, team building, aktiviti sekolah, atau malam game bersama keluarga & rakan.
Ciri-ciri Utama:
1) Versi Werewolf Gaya Malaysia
Lupakan 'villager' dan 'seer', kini digantikan dengan Orang Awam, Pengkhianat, Nujum, dan Satria, dengan nama watak lebih mesra dan senang difahami semua lapisan usia.
2) Offline Multiplayer Gaya Pass-the-Phone
Boleh dimainkan oleh 3 hingga 10 pemain, menggunakan satu peranti sahaja. Pemain hanya perlu pass phone apabila tiba giliran mereka. Tiada internet? Tiada masalah!
3) Tambah Ahli, Kekalkan Komuniti
Walaupun maksimum 10 orang sahaja boleh main dalam satu game, anda boleh simpan hingga 20 pemain tetap dalam senarai. Sesuai untuk komuniti aktif dan kumpulan besar!
4) 10 Tema Unik + 1 Tema Asas
Setiap tema mempunyai latar dan suasana berbeza, dari kampung misteri, politik pejabat, dunia selebriti, hingga ke kisah alam ghaib.
Tema asas diberikan percuma, manakala 10 tema lain boleh dilanggan secara bulanan atau tahunan.
Setiap tema membawa 10 role atau watak khas tersendiri yang akan mengubah jalan cerita dalam permainan.
5) Rekaan Interaktif & Panduan Mesra Pemula
Paparan mesra pengguna, mudah difahami oleh pemula tapi cukup mendalam untuk pemain berpengalaman. Tersedia juga naratif suara atau teks untuk panduan bagi setiap role dan peringkat permainan.