Sedekah4Ummah merupakan platform wakaf atas talian yang dibangunkan untuk membantu badan-badan berautoriti yang dibenarkan oleh undang-undang dan secara legal dalam membangkitkan kebersamaan memperkasakan masyarakat melalui program-program yang dilaksanakan seperti pembinaan pusat komuniti masyarakat, pembinaan masjid, membantu golongan yang susah dan miskin serta lain-lain yang relevan. Sedekah4Ummah ini bertujuan untuk memudahkan para Jemaah atau masyarakat membuat sumbangan dan berinfak selaras dengan peredaran teknologi kini. Fokus Sedekah4Ummah adalah untuk merealisasikan pembinaan bangunan komuniti/ masyarakat Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.