Ramai keliru jika seseorang wanita itu boleh memegang al-Quran dan mengaji atau tidak. Adakah haid ini menyusahkan wanita kerana tidak boleh solat dan terbatas amalannya.
Haid merupakan ketetapan dari Allah untuk kaum wanita. Haid adalah salah satu bentuk kasih sayang Allah dalam menjaga kesuburan rahim wanita.
Aplikasi ini membantu para wanita melakukan amalan-amalan Sunnah walaupun sedang 'cuti'. Yang paling utama adalah Wirid Wanita Haid.
Ada banyak lagi ilmu yang disediakan dalam aplikasi ini, antaranya ialah:
✔ Mandi Selepas Haid
✔ Larangan Masa Haid
✔ Kebolehan Semasa Haid
✔ Pengertian & Jangkamasa Haid
✔ Darah Istihadhah & Jenisnya
✔ Hikmah/Manfaat Haid
✔✔ Wirid Wanita Haid beserta Audio (UTAMA)
Semoga setiap wanita sentiasa melakukan amal soleh dan tidak menjadikan fitrah haid kita menjadi penghalang kepada amal ibadat.