Yayasan Ta'lim adalah sebuah organisasi yang dikecualikan daripada Cukai Pendapatan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Yayasan Ta'lim ditubuhkan sebagai sebuah entiti kebajikan bagi menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat dan orang ramai. Justeru itu, Yayasan Ta'lim tidak menetapkan sebarang yuran kepada mereka yang hadir. Namun, sumbangan ikhlas daripada ahli jemaah amat diharapkan agar aktiviti pengajian dan pembelajaran dapat berkembang dan berjalan dengan sebaiknya, insyaa-allah. Dengan itu, semua sumbangan wang tunai kepada Yayasan Ta’lim layak mendapat potongan cukai pendapatan.