MYJalan ialah aplikasi mudah alih rasmi oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia yang membolehkan pengguna melaporkan isu jalan raya merangkumi 10 kategori, termasuk kerosakan jalan, jalan lubang, papan tanda rosak, halangan, dan lampu isyarat tidak berfungsi.
Pengguna juga boleh mengakses maklumat yang disahkan berkaitan kawasan berisiko kemalangan (blackspot), jalan yang terjejas akibat bencana seperti banjir atau tanah runtuh, paparan CCTV di lebuh raya utama, kawasan teduhan motosikal, serta talian kecemasan.
Aplikasi ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya melalui inovasi digital.