Inovasi ini melibatkan aktiviti membangunkan pemantauan pembajaan nitrogen untuk tanah sawah tempatan berpandukan penggunaan Leaf Color Chart (LCC) yang telah diterbitkan oleh International Rice Research Institute (IRRI). Dengan inovasi ini, petani dapat membekalkan baja nitrogen pada kadar yang diperlukan oleh padi mengikut varieti padi dan tanah sawah seterusnya dapat meningkatkan hasil padi.